WHOLE PENANG 2020 MENJADI PELENGKAP KEPADA

‘EXPERIENCE PENANG YEAR 2020’

MERCURE HOTEL PENANG BEACH, PULAU PINANG, 15 Julai 2019 – Pameran & Persidangan Dunia: Hospitaliti, Gaya Hidup dan Hiburan, WHOLE PENANG 2020 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen & Arena SPICE Bayan Baru, dilihat menjadi pelengkap kepada kempen ‘Experience Penang Year 2020’ bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pameran yang dijadualkan selama 3 hari bermula 10 sehingga 12 September 2020 disasar membawa 350 pempamer domestik dan luar negara di bawah satu bumbung. WHOLE PENANG 2020 juga mensasarkan 25 pavilion antarabangsa termasuk, Australia, Austria, Belgium, Singapura, Thailand dan Vietnam yang mempunyai pengalaman serta kedudukan yang kukuh dalam penerokaan pasaran hotel, restoran dan katering (HoReCa).  Antara jenama besar yang bakal dijemput sebagai pempamer ialah Barkath Foods, Chefutensils (M) Sdn Bhd, Farm Fresh Milk, NLY Tech Biotech Sdn Bhd, and Nu Vending Sdn Bhd.

WHOLE PENANG 2020 adalah satu seumpamanya di dunia dan diwujudkan bagi mewakili sektor mesra-tamu secara keseluruhan. Ia dibahagikan kepada 5 kategori:-

1. Makanan, Penyediaan makanan, teknologi makanan dan peralatan.

2. Tempat tinggal / Penginapan

3. Kembara & Pelancongan (Perniagaan)

4. Gaya Hidup & Hiburan

5. Kesihatan

WHOLE PENANG 2020 yang dianjurkan oleh Alpine Group Services  turut dilihat sebagai penggerak ke arah menjana ekonomi negeri yang mampan dan konsisten khususnya dalam industri pelancongan Pulau Pinang, sekaligus merancakkan lagi penerokaan peluang perniagaan, meningkatkan inisiatif rangkaian, pengukuhan perdagangan dua hala, perkongsian dan pertukaran maklumat, idea serta kepakaran.

Selain itu, ia juga akan menjadi penyumbang kepada industri, mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran, MICE di Malaysia dan sejajar dengan matlamat menjadikan Pulau Pinang sebagai hub MICE menjelang 2021.

WHOLE PENANG 2020 juga boleh diklasifikasikan sebagai nilai tambah kepada pelancaran “Experience Penang Year 2020” dengan tanda pagar/hashtag  #EPY2020 sejajar dengan peningkatan pelancong ke negeri ini. “Pengalaman” menjadi kata kunci kepada para pelancong dan golongan milenial sebagai tanda pagar/hashtag di Instagram.  Selain itu, ia turut memainkan peranan dalam merancakkan kempen pemasaran  bagi pasaran pelancongan antarabangsa dan domestik ke Pulau Pinang.

WHOLE PENANG 2020 sangat signifikan sebagai pendorong kepada kestabilan ekonomi yang konsisten terutamanya kepada negeri Pulau Pinang. Selain membuka peluang kepada penerokaan perniagaan, pengukuhan kepada jaluran inisiatif, memperkasakan hubungan dua hala dalam perniagaan, ia juga membolehkan perkongsian dan pertukaran informasi, idea dan kepakaran.

Acara yang berkonsepkan ‘BLEISURE’ atau urusan perniagaan sambil bersantai ini sangat sinonim dengan Pulau Pinang. Ini kerana Pulau Pinang yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara khususnya Georgetown diangkat menjadi tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 11 tahun lalu. Ia mempunyai 14,389 buah hotel, dengan 3,295 daripadanya adalah bertaraf 5 bintang. Pulau Pinang juga mempunyai kekerapan penerbangan antarabangsa dari bandar-bandar utama di Asia sebanyak 287 seminggu, manakala, penerbangan domestik pula sebanyak 427 penerbangan seminggu. Ini sudah cukup untuk mengklasifikasikan WHOLE PENANG 2020 dalam kategori ‘BLEISURE’.

Berlangsung buat julung kali di Pulau Pinang, WHOLE PENANG 2020 mendapat pengiktirafan dan sokongan tidak berbelah bahagi dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MYCEB), Biro Konvensyen & Pameran Pulau Pinang (PCEB), Persatuan Hotel Malaysia (MAH- PENANG CHAPTER), Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCCI), Persatuan Pemandu Pelancong Pulau Pinang (PTGA), Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dan SP Setia Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (SPICE).

Sidang media pelancaran WHOLE 2020 dihadiri EXCO Pembangunan, Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, PETACH, YB Yeoh Soon Hin. Beliau turut menyerahkan logo WHOLE 2020 kepada syarikat yang dilantik secara rasmi untuk menjayakan acara ini. Syarikat  terbabit adalah ES Exhibition Services Sdn Bhd, dan  NYS International Freight Sdn Bhd.

Antara acara menarik yang dijadualkan dalam WHOLE PENANG 2020 ialah demonstrasi oleh selebriti chef, aktiviti anjuran pavilion kolej kulinari dan pelancongan, e-wallet, kenali chef muda serta aktiviti industri spa dan kecantikan serta program bisnes kepada bisnes B2B.

Kehadiran ke WHOLE PENANG 2020 adalah berdasarkan jemputan yang akan diselengara oleh penganjur Alpine Group Services.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

+60 12 293 1913 (Charles Mohan)

+60 16 455 8713 (Zaiti Zubir)

+60 13 339 4273 (Kazer Ibrahim)